Izinkan pena menari selagi tinta tidak kehausan

I need motivation!

Kembali Kepada Fitrah

Ya Allah, lamanya tak buang luangkan masa di sini. Selalu buka sekejap-sekejap. Tak sangka membaca semula tulisan sendiri, adalah tazkirah yang sangat efektif. It feels like you had made a promise to yourself once upon a time, and here’s something to refer back, and maintain the thoughts with you.

Let’s start with a simple question; what actually drives us through life? Why we want to do something? Well, it’s all about MOTIVATION.

Mood saya sangat2 unstable, cepat berubah, mudah jemu. And thus I keep on searching for new inspiration day-to-day to continue this journey. Ada orang cari motivasi dengan hiburkan diri, tengok movie, makan sedap2. Tapi mukmin seharusnya berbeza. Apa2 pun, kita nak kembali kepada Allah. Rujukan kita, Al-Quran dan As- Sunnah. Perlukan motivasi dan galakan itu fitrah, sebab tu Allah janjikan kebaikan, pahala dan syurga dan asyik diulang-ulang dalam kalam-Nya.

Aplikasi Dalam Dakwah

Kalau cerita pasal dakwah, dulu2 saya selalu argue, perempuan wajib ke buat semua ni? Better duduk rumah, jaga anak, uruskan family sendiri. Bukankah isteri yang taat pada Allah, Rasul dan suaminya boleh pilih mana2 pintu syurga? Oh, jumud dan ceteknya pemikiran saya kan?

Alhamdulillah makin lama, makin faham (note: kefahaman perlu dicari dan dibina, ia takkan datang bergolek). Masanya untuk ubah paradigma. Kalau dulu pakai kaca mata islam, sekarang kena upgrade pakai kaca mata dakwah pula.

Tahun ni rezeki bawa usrah jauh sedikit dari rumah, must travel each and every time menuntut pengorbanan sama ada waktu, tenaga dan duit pastinya. Hence I just want to make a list of things and stories which always come into my mind and heart whenever I feel exhausted or like giving up already.

1) Kisah lelaki yang menziarahi saudaranya kerana Allah

Daripada Abu Hurairah Radiaallahu’anhu, dari Nabi Sollallahu’alaihiwasallam;
“ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Birr, Bab pada menyatakan kelebihan cinta kerana Allah)
-apa lagi yang kita nak, kalau Allah dah sayangkan kita?huhu

2) Hadis halawatul iman

Sabda Rasulullah SAW.: “Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api”.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

-teringat hadis ni, time buat essay pasal smart target yang nak dicapai in school placement. mungkin 3 perkara ni boleh jadi smart target untuk iman dan perasaan kita?huishh..susah memang susah, tapi kalau dah dapat subhanallah memang manis yang tak boleh nak describe dengan kata2.

3) Kisah pemuda yasin

Kalau sesiapa pernah baca dan hayati maksud surah yasin, dalam tu ada cerita seorang pemuda yang bergegas nak beritahu kaum dia supaya percaya dan taat pada rasul yang Allah utuskan. Too bad, kaum dia degil, pendekkan cerita pemuda ni mati dan dimasukkan ke dalam syurga Allah. Agaknya apa dia cakap kat kaum dia tu? Padan muka? No no no. Dia cakap, alangkah baiknya andai kaum ku mengetahui…. (boleh baca ayat 20-28 untuk details)

-pengajaran: iman wajib diakui, disampaikan—>kalau nak masuk syurga Allah dan ajak orang lain juga

4) Sampaikan dariku…

Last but not least, sabda rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam; “Ballighu ‘anni walau aayah”. Maksudnya sampaikanlah dariku walau satu ayat. InshaAllah kebaikan itu akan terus mengalir-ngalir selagi diseru dan disahut oleh yang menginginkan kebaikan jua.

Ok, gtg. Itu dulu setakat ini.

Se’pence’ dua,

Ukhtikum fillah

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.