Izinkan pena menari selagi tinta tidak kehausan

Latest

I need motivation!

Kembali Kepada Fitrah

Ya Allah, lamanya tak buang luangkan masa di sini. Selalu buka sekejap-sekejap. Tak sangka membaca semula tulisan sendiri, adalah tazkirah yang sangat efektif. It feels like you had made a promise to yourself once upon a time, and here’s something to refer back, and maintain the thoughts with you.

Let’s start with a simple question; what actually drives us through life? Why we want to do something? Well, it’s all about MOTIVATION.

Mood saya sangat2 unstable, cepat berubah, mudah jemu. And thus I keep on searching for new inspiration day-to-day to continue this journey. Ada orang cari motivasi dengan hiburkan diri, tengok movie, makan sedap2. Tapi mukmin seharusnya berbeza. Apa2 pun, kita nak kembali kepada Allah. Rujukan kita, Al-Quran dan As- Sunnah. Perlukan motivasi dan galakan itu fitrah, sebab tu Allah janjikan kebaikan, pahala dan syurga dan asyik diulang-ulang dalam kalam-Nya.

Aplikasi Dalam Dakwah

Kalau cerita pasal dakwah, dulu2 saya selalu argue, perempuan wajib ke buat semua ni? Better duduk rumah, jaga anak, uruskan family sendiri. Bukankah isteri yang taat pada Allah, Rasul dan suaminya boleh pilih mana2 pintu syurga? Oh, jumud dan ceteknya pemikiran saya kan?

Alhamdulillah makin lama, makin faham (note: kefahaman perlu dicari dan dibina, ia takkan datang bergolek). Masanya untuk ubah paradigma. Kalau dulu pakai kaca mata islam, sekarang kena upgrade pakai kaca mata dakwah pula.

Tahun ni rezeki bawa usrah jauh sedikit dari rumah, must travel each and every time menuntut pengorbanan sama ada waktu, tenaga dan duit pastinya. Hence I just want to make a list of things and stories which always come into my mind and heart whenever I feel exhausted or like giving up already.

1) Kisah lelaki yang menziarahi saudaranya kerana Allah

Daripada Abu Hurairah Radiaallahu’anhu, dari Nabi Sollallahu’alaihiwasallam;
“ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Birr, Bab pada menyatakan kelebihan cinta kerana Allah)
-apa lagi yang kita nak, kalau Allah dah sayangkan kita?huhu

2) Hadis halawatul iman

Sabda Rasulullah SAW.: “Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api”.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

-teringat hadis ni, time buat essay pasal smart target yang nak dicapai in school placement. mungkin 3 perkara ni boleh jadi smart target untuk iman dan perasaan kita?huishh..susah memang susah, tapi kalau dah dapat subhanallah memang manis yang tak boleh nak describe dengan kata2.

3) Kisah pemuda yasin

Kalau sesiapa pernah baca dan hayati maksud surah yasin, dalam tu ada cerita seorang pemuda yang bergegas nak beritahu kaum dia supaya percaya dan taat pada rasul yang Allah utuskan. Too bad, kaum dia degil, pendekkan cerita pemuda ni mati dan dimasukkan ke dalam syurga Allah. Agaknya apa dia cakap kat kaum dia tu? Padan muka? No no no. Dia cakap, alangkah baiknya andai kaum ku mengetahui…. (boleh baca ayat 20-28 untuk details)

-pengajaran: iman wajib diakui, disampaikan—>kalau nak masuk syurga Allah dan ajak orang lain juga

4) Sampaikan dariku…

Last but not least, sabda rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam; “Ballighu ‘anni walau aayah”. Maksudnya sampaikanlah dariku walau satu ayat. InshaAllah kebaikan itu akan terus mengalir-ngalir selagi diseru dan disahut oleh yang menginginkan kebaikan jua.

Ok, gtg. Itu dulu setakat ini.

Se’pence’ dua,

Ukhtikum fillah

Getaran Jiwa

“Getaran jiwa…melanda hatiku…”

Mungkin lirik lagu ini yang terpacul dari mulut anda saat membaca tajuk entri ini.

Jangan kecewa, kerana kali ini saya ingin berkongsi mengenai getaran jiwa yang lain. Ya, juga jiwa orang yang bercinta. Tetapi cinta yang agung, cinta kepada Rabb yang Maha Sempurna.

Getaran ini umpama apabila kita set phone kepada vibrate mode. Maknanya getaran berfungsi sebagai sensor. Saya yakin kita tentu akan alert dengan mesej yang masuk ke dalam inbox. Mengkhabarkan sesuatu sedang berlaku, persoalannya mesej daripada siapa? Tentang apa?

Menyoroti dua sumber utama buat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, jawapannya ada dua bentuk getaran bagi jiwa mukmin.

Pertama

Allah SWT menyebutkan dalam surah Al-Anfal ayat 2;

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, GEMENTAR hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.

Kedua

Al-Nawwas bin Sam’an, radiyallahu ‘anhu, reported that the Prophet, sallallahu ‘alayhi wasallam, said:

“Righteousness is good character, and sin is that which WAVERS in your heart and which you do not want people to know about.”

[Muslim]

Kalau dalam buku Muntalaq dikatakan jiwa mukmin itu peka dan sensitif. Sensitif terhadap ayat-ayat Allah, pesanan apa yang bisa disingkap di sebaliknya, dan sensitif juga dengan perbuatan maksiat dan dosa.

Apa agaknya kondisi hati kita hari ini? Emm.. Moga makin jelas vibration nya, jangan masuk silent mode terus sudah… :) (Tepuk dada tanya iman)


Evil Whispers

A`uzubillahi minas shaitanir rajim.

Bismillahir-rahmanir-rahim.

O Allah indeed You are The All-hearing and The-All-knowing, I do hate the evil voices that keep coming into my head (and my little heart).

“Your friend does not love you. You cried a lot and you are not spreading happiness”.

“You are not beautiful”.

“You are just not good enough. Why bother with others’ businesses?”.

And I can tell that the list goes on, continuosly…

But You are My Lord, You have said that:

And if an evil whisper from Shaitan (Satan) tries to turn you away (from doing good), then seek refuge in Allah. Verily, He is the All-Hearer, the All-Knower.

[Surah Fussilat 41:36]

Please guide me through, as I am desperate for Your guidance.

Allahumma, Ya Muqallibal Qulub, Thabbit qulubana `ala deenik.

O Allah, O turner of hearts! Keep our hearts steadfast on Thy religion.

T_T

Salah Faham dalam Dakwah

Nasihat vs Statement

Baru-baru ini Allah datangkan seorang tetamu yang sangat istimewa. Dia dengan gaya bersahaja berkongsi pengalaman hidupnya dengan kami. Saya dapat rasakan sebetulnya, patah-patah kata yang meluncur daripada bibirnya amat luhur dan jujur. Paling terkesan, dia mengajar saya beberapa perkara mengenai dakwah. Unik. Dia mengatakan ada beza antara memberi nasihat dengan memberi pernyataan (statement). Nasihat itulah dakwah. Ingat lagi dengan; ad deenu naaseehah? Menasihati hendaklah dengan sabar, lemah-lembut dan penuh kasih sayang. Kalau sekadar memberitahu dan merasa diri sendiri paling betul, maka itu metode dakwah yang salah. Dia belum melalui mana-mana madrasah tarbiyah (baca: usrah), tetapi pengalaman melalui ujian berpandukan taufiq dan hidayah Tuhan, jelas fikrah Islami telah tertancap dalam hati. Subhanallah! Mahu saja saya mengalirkan air mata, dek perasaan terharu dan malu. Apa sudah saya lakukan sampai hari ini?

Akhlak vs Reputation

Saya jadi teringat dengan pesan seorang ustaz. Hadaf (matlamat) tarbiyyah dan dakwah kita ialah untuk membina peribadi (syakhsiah) muslim, bukannya reputasi. Depan mad`u kita sedaya upaya kelihatan sempurna, di belakang kita tidak pula cuba memperbaiki cacat cela. Aduh! Peringatan dan muhasabah yang besar buat para da`i.

Sabda Rasulullah sallahu `alaihi wasallam:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.”

Nastaghfirullah wa natubu ilaih, banyak lagi yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Alhamdulillah setidaknya jika kita sibuk memperbaiki diri sendiri, kita tidak akan tertarik untuk mengorek kekurangan, apa lagi aib orang lain. Allahu musta`an.

Mari dengarkan ini…secebis ingatan, pengubat hati. <3

Hakikat Bahagia

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Ubudiyyah

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Juga sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Badi’ al-Zaman Sa’id al-Nursiyy ketika beliau berbicara dialog kepada anda:

“Dalam diri anda terdapat dijadikan kekurangan, kefakiran, kelemahan dan keberhajatan… agar melalui teropong kekurangan tersebut anda dapat melihat beranda kesempurnaan Tuhan… melalui sukatan kefakiran anda dapat melihat darjat-darjat kekayaan dan rahmatNya… dan melalui neraca kelemahan anda dapat melihat kekuasaan dan kebesaranNya… dan melalui kepelbagaian hajat, anda dapat melihat kepelbagaian nikmat dan ihsanNya.

Oleh itu, matlamat fitrah anda ialah ubudiyyah. Ubudiyyah ialah anda mengisytiharkan kekurangan anda di pintu rahmatNya dengan berkata astaghfirullah dan subhanallah… dan anda mengisytiharkan kefakiran anda dengan berkata hasbunallah dan alhamdulillah dan juga dengan memperbanyakkan permintaan… dan anda mengisytiharkan kelemahan anda dengan berkata la haula wa la quwwata illa billah dan Allahu Akbar dan dengan sentiasa meminta daripadaNya semata. Dengan itu, melalui martabat-martabat ubudiyyah tersebut, anda memperlihatkan keindahan rububiyyahNya.”

[petikan dari ar-raqaiq]

A Sweet Story of A Mukhlis

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Dahulu ada seorang lelaki yang telah bernazar, ‘Aku akan bersedekah dengan suatu sedekah.’ Kemudian dia keluar dari rumah membawa sesuatu dan menyerahkannya ke tangan pencuri. Melihatkan hal itu, orang-orang di sekelilingnya mencemuh perbuatannya itu. Dengan sini mereka berkata kepadanya, ‘Malam ini engkau bersedekah kepada seorang pencuri.’ Namun orang itu berkata dengan tenang, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku mampu bersedekah walaupun kepada seorang pencuri. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang pelacur. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sini, ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang pelacur.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pelacur. Aku akan bersedekah lagi dengan sedekah yang lain.’

Kemudian dia keluar dari rumahnya dengan membawa sedekah dan menyerahkannya kepada seorang yang kaya. Orang-orang di sekelilingnya mencemuh. Mereka berkata dengan sini, ‘Malam ini engkau telah bersedekah kepada seorang yang kaya.’ Namun lelaki itu dengan tenang berkata, ‘Ya Allah, segala puji bagi-Mu kerana aku boleh bersedekah walaupun kepada seorang pencuri, pelacur dan kepada seorang yang kaya.’

Pada malam harinya, lelaki itu bermimpi mendengar suara yang mengatakan, ‘Adapun sedekahmu itu kepada si pencuri, mudah-mudahan dengan sedekahmu itu akan menjauhkan dirinya daripada perbuatan mencuri. Manakala sedekahmu kepada pelacur, mudah-mudahan sedekahmu itu akan menyebabkan dia menjauhkan dirinya daripada zina. Begitu juga sedekahmu kepada orang kaya, mudah-mudahan orang itu mendapat pengajaran daripada sedekahmu, sehingga dia mahu menafkahkan harta yang dianugerahkan Allah kepadanya kepada orang lain.’”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Tarbiyah KITA

dahulu saya paling benci sesi bengkel. terutama bila kakak faci tanya apa yang saya rasa atau apa yang saya faham daripada ceramah sebelumnya.

dahulu saya tak pandai bersosial. selalunya saya hanya mendiamkan diri unless ada yang bertanya, maka saya jawab seadanya. saya tak betah mulakan bicara dan perkenalan. saya ‘penyegan’. uhuh..

dahulu saya tak suka berkongsi. ada ilmu, saya simpan dalam hati. kononnya cukup buat panduan dan amal sendiri.

dahulu saya tak pandai memasak. malah saya tak ambil pusing pun. saya rela makan mee maggi atau tapau saja dari mana-mana restoran segera. kan lebih cepat dan mudah!hoho

****

hand-by-hand, heart-to-heart <3

sekarang saya sedang cuba perbaiki, alhamdulillah sedikit-sebanyak saya semakin mengerti.

benarlah erti hidup pada memberi. naafi`un lighairihi lebih membesarkan jiwa, melapangkan hati.

benarlah tarbiyah bukanlah segalanya tapi segalanya bermula dengan tarbiyah. [baca ini]

kalau kita tidak bersabar dan tekun mengikut tarbiyah mana mungkin kita bisa koreksi diri lantas menyelami potensi.

lets give ourselves another chance to improve each time okay? mungkin dalam pandangan orang lain, ia nampak terlalu kecil tapi pada kita yang kecil itu amat signifikan dan bermakna. moga-moga dalam pandangan Allah jua begitu.

bila islam adalah syumul, maka tarbiyah kita juga seharusnya ikut syumul.

innaAllahu yuhibbul muhsinin.

p/s – alhamdulillah sangat bersyukur mendapat tarbiyah dengan bekerja walaupun hanya di dapur (baca: ajk memasak) dan di toilet (baca: ajk kebersihan).

p/ss – tahniah team PMS 2010 and IKRAM UKE. alhamdulillah wa astaghfirullah. bertambah urgensi dan amanah mengemban dakwah tarbiyah.

vice versa

Brighton Pier, 2010

sepertinya ada hangat mentari, namun sebaliknya hawa dingin yang menguasai

tampak tenang dan damai, tetapi hakikatnya bergelora menanti badai

life is unexpected and full of surprises, indeed only He knows the best.

sometimes its just not what it seems!

jadi pentingnya kita membuka dan melihat dengan mata hati. segalanya berlaku dengan izin Allah, beserta haq dan hikmah, bukan sia-sia semata.. Allah kan Maha Halus dan Maha Penyayang?

have faith! *angelic smile* :)

MinaAllah-ilaAllah-lillah

Bismillah ar-rahman ar-rahim.

actually tengah belek2 buku usrah pastu terjumpa sesuatu yg menarik dan terasa nk share dengan antum.
ingatan ini lebih untuk diri sendiri sebenarnya.
kadang-kadang rasa macam nak berlari-lari. rempuh segala tembok jahiliyah, tembus siling inferior yg selalu ada atas kepala.
fitrah iman, ada pasang dan surutnya. sebab itulah niat mesti ikhlas, matlamat hendaklah jelas. haihh. astaghfirullah wa atubu ilaih.
ok, lets proceed…
tips yg nampak simple (tapi praktikal+susah gk+amat penting) utk seorg yg ingin menyeru kpd Allah:
- jadi orang yg memahami as if setiap mad’u ade perangai, background n tabiat yg berbeza2
- sabar dan lemah-lembut (2:153) (3:159)
- kaji sirah dan ambil ibrah..supaya kita lebih yakin apa yg kita sedang lakukan ini adalah sunnah nabi2 dan bukanlah rekaan atau semberono
- hafaz ayat2 quran sbgi guidance dan hujah (utk ingatan diri sendiri juga)
- stabil akal+emosi selaras neraca iman dan taqwa (perempuan ni tau je lah hormon die camne) :P
- last but not least, usaha+doa+tawakal—>natijah hak mutlak Allah
la haula wa la quwwata illa billah.
wallahu’alam.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.